Isnin, 16 Januari 2017

Eh haii

Benda ni aku nak jadikan diari ja.

Yelah, tempat di mana maybe orang yg baca tak kenal aku, dan tak kisah pun menatang apa aku tulis ni.

Dan akan terus tinggalkan page ni.

Faham kan? Terus blah dari sini?

Blah la..

Kalau nak :)

Cepat jangan buang masa! haha

***

Alright thank you sebab tak blah lagi.

Nama aku Caff.

K merapu, ejaan sebenar Syaf.

Makhluk mana la dalam wicet yg mula panggil aku Caff, dah terlekat dalam hati.

Hari aku tulis ni, umur aku dah 17 tahun 11 bulan daaan 21 hari. Jadi lagi 10 hari nak cukup umur. Rancang² nak sambut kat club ja, yela dah cukup umur an.

Tapi takpa la, acah ja lebih

Maybe sambut sorang² dalam bilik, sambil nyanyi happy birthday to me happy birthday happy birthday, no one remember meee. Ha ha, how fun :')

K, dah.

***

Hope pembaca wonder "siapa la budak ni, nak kenal lebih lah. Maybe dia cute."

Okay, first, aku meeeeremang cute.


Tadaaa

Senoi ja eh, biasa la...

Next!

Aku suka membaca
Aku suka melukis
Aku suka mewarna
Aku suka movie..

Yup aku boleh dikata hantu movie la.
Even dalam rumah tak pakai la kan Wifi kencang², boleh la tera duk 'mintak' kawan tolong download even dia dah tengok. Tiap bulan ada ja request movie nak download. Mujur la kawan ni baik hati, sayang gila. Tapi dah habis sekolah ni, mau boleh tiap minggu nak tenggek kt rumah dia mintak movie.

Tapi tak minat aaa drama
Tak minat kpop jugak, tapi kadang² tengok la jugak drama korea kalau sepupu bukak.
Yaa takda la anti kan, tak minat ja.

Aku boleh kata gamer jugak lah.
Takda la obses dengan game, sebab game yg duk main semua noob.
Game apa ja?
Haaa, ni yg malu nak cerita.
Takpa, tak yah duk ambik tau.

Oh, sorry kalau bahasa pelik sikit.
Lupa nak khabaq, cek ni orang utagha.
Tapi loghat takda la pekat sangat.
Paham paham la noh

Aku ada banyak masa nak berblog bagai ni sebab memang takda apa aku nak buat sangat sekarang.
Ya takda boyfriend takda friend, aku sunyi dan sendirian.

Takpa la, sampai sini ja la, takmau cerita banyak² sangat.

So jumpa lagi, baaai